MY STORY LIFE
Home Me Linkies
Asas kebahagian anak Adam
Pagi itu terasa amat nyaman sekali. sesekali puputan bayu menampar lembut pipi ibu. Alhamdulillah.. ibu masih lagi dapat merasai nikmat Allah yang tidak terhingga ini. Ibu kuakkkan sedikit jendela rumah supaya puputan pawana itu masuk, biar ia mampu mendamaikan seisi rumah kita.

       Hari ini merupakan hari yang amat menggenbirakan hati ibu dan ayahmu. Kami menanti kepulangan seperti yang telah kaujanjikan kepada kami berdua. Ibu sediakan lauk kegemaran untuk santapan kita tengah hari nanti. Gulai tempoyak patin, asam pedas, sepat pekasan dan ulam petai. Semua kesukaanmu itu ada ibu sediakan. Maklumlah, anak-anak ibu lama berada di negara orang. Entahkan jumpa, entahkan tidak masakan seperti itu.

      Bilikmu pula, ibu telah siapkan awal-awal lagi. Segalanya kemas dan teratur. Ibu mahukan yang terbaik buatmu kerana ibu amat menyayangi kalian. Ayahmu pula, biasa-biasa sahaja walaupun ibu tahu betapa dia amat merinduimu. Cuma, jarang-jarang dia bertanyakan kepada ibu tentang persiapan menyambut kepulanganmu. Biasalah, sifat seseorang ayah, jrang-jarang menunjukkan rahsia hatinya yang sebenar.
     Ahh... terasa cepat benar anak-anak ibu membesar. Terasa baru semalam ibu mendukungmu, mengulas lembut rambutmu. Terasa baru tadi ibu menyuapimu. Namun, semua itu telah berlalu. Sekarang, anak-anak ibu telah dewasa. Manis-manis semuanya. Engkaulah kurnia termahal yang direzekikan Ilahi buat kami berdua. Alhamdulillah.

Sebelum dirimu ada, ibu sentiasa berdoa kepada Ilahi
agar kebahagian ibu dan ayahmu sentiasa diredhai
dan agar zuriat yang diperoleh nanti, soleh dan solehah 
semuanya. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan
telah mendengar setiap permintaan yang ibu pohonkan.

Ibu teringat firman-Nya yang bermaksud :
 Dan juga meraka(yang diredhai Allah itu ialah orang) yang berkata: ''Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami isteri-isteri dan zuriat keturunan kami yang menyukakan hati melihatnya, jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang(mahu) bertakwa!'' (Surah al-Furqan 25 : 74)

Pelbagai nikmat yang indah wujud di dunia ini: 
badan yang sihat; rumah yang mewah; kenderan yang 
selesa; harta yang banyak; kedudukan yang tinggi; sijil 
bergulung-gulung,isteri dan anak-anak

     Antara banyak nikmat itu. Allah telah menyebut sifat insan yang diredhai-Nya, iaitu mereka yang melafazkan doa (seperti di atas) supaya diberikan nikmat iaitu dikurniakan isteri dan anak-anak sebagai penyejuk mata dan pendamai jiwa. Juga memohon agar dijadikan uswah bagi orang yang mahu beriman dan bertakwa. Doa itu sering ibu dan ayahmu ungkapkan setiap kali selepas solat. Anakku, mengapakah kami bersungguh-sungguh mengamalkan doa itu?

     Mari kita renungi kisah di bawah untuk memastikan kebenaran doa yang dianjurkan oleh firman-Nya itu.

Kisah 1: Bahagiakah dengan harta ? 
 
Keluarga Dato; Hasan mendiami istana indah di pinggir kota. Halaman rumah dihiasi dengan taman menghijau, kolam ikan, kolam renang, dan juga sedikit pohon buah-buahan. Dato' Hasan sering pulang lewat malam atas alasan mencari rezeki. Datin Hasnah pula sibuk ke butik dan acara-acara tertentu.

      Sebagai akibatnya, kepulangan ato' Hasan ke rumah sering disambut oleh dengkuran si isteri. Anak-anak pula tidak kelihatan kelibatnya. Kadamg-kadang dengkuran bertukar leteran  atau soalan-soalan cepusmas, "kenapa abang selalu balik lewat?" atau "Abang keluar dengan betina mana?"

     Sering kali juga, jika Dato' Hasan balik awal, keindahan taman dan kehebatan istananya diselimuti pemandangan yang merimaskan dek wajah isteri yang asyik mencuka. Rambutnya yang serabai dan baju kelwarnya itu menambah keruh pemandangan yang ada.

    Anak-anak tetap sepi daripada menunjukkan wajah. Entah kemana mereka menghilang. Di dalam bilikkah atau sedang bersosial di luar bersama rakan-rakan? Jika sekali-sekala terserempak dengan anak-anak, si dara berbaju ketat dengan seluar ketat. Si teruna yang berambut panjang itu pula asyik melalak sepanjang hari... kononnya mahu menggantikan Amy Search yang sudah bertaubat!

     Perkara yang sering terpancul dari mulut anak-anak apabila mahu berbual dengan si bapa ialah; "Daddy, kad kredit Emilia bulan ini RM1500. Nanti Daddy tambah RM1500 lagi dalam akaun Emilia ya... "

     "Daddy, gitar Danial sudah rosak . Nanti belikan yang baru ya... "

     "Daddy, Adi tidak mahu belajar lagi sebab sudah dapat tawaran berlakon filem pengarah terkenal."


Apakah pendapat anakku terhadap keluarga ini?
adakah kehidupan mereka bahagia semata-mata
kerana kelilingi kemewahan hidup sedangkan ahli
keluarganya memiliki akhlak yang rendah?

Kisah 2 : keluarga yang Qanaah
 
 Mari kita susuli pula sebuah rumah yang dihuni keluarga petani, Pak cik Ahmad namanya,. Pak cik Ahmad tekun keluar bekerja dan pulang membwa rezeki untuk seisi keluarga. Anak-anaknya seramai lima orang itu sampai disuapo sekadarnya sahaja. Namun, Pak cik Ahmad tidak pernah mengeluh di hadapan anak isteri mengenai rezekinya yang tidak seberapa.

     Si isteri, Aminah pula bertungkus-lumus menguruskan rumah tangga serta sabar mendidik anak-anaknya. Hampir-hampir saat suaminua pulang bekerja, sudah dihidangkan makanan dan minuman. Aminah berhias sekadarnya sesuai dengan apa-apa yang ada. Rambut disisir rapi dan pakainya bersih yang usang itu menyambut suaminya dengan senyuman.

     Anak-anak dinasihatkan agar tidak menganggu bapa yang kepenatan. Ank-anak akur akan pesanan ibu dan menunggu si bapa selesai makan dan berehat. Selepas itu, barulah mereka mendekati pengalaman seharian mereka pada hari itu.

     Waktu maghrib ialah waktu yang ditunggu-tunggu seisi keluarga. Tanpa disuruh dan tanpa perlu meninggikan suara, anak-anak segera ke bilik air untuk membersihkan badan dan berwuduk. Sebaik azan berkumandang, isteri dan anak-anak bagaikan tentera berbaris rapi di atas sejadah. Pak cik Ahmad dengan rasa penuh tanggungjawab menjadi imam kepada ahli keluargannya. selesai solat, isteri dan nak-anak saling menyalami dan mencium tangan

    Kemudian acara keluarga bersambung lagi. riuh-rendah suara anak0anak belajar mengaji al-Quran. Pak cik Ahmad dan isteri menjadi guru kepada anak-anak sendiri.


Bapa yang penyabar, isteri yang qanaah, dan anak-anak yang bijak serta berakhlak itu bagaikan cahaya di dalam rumah yang lusuh. Bagaimanakah mereka?
Ya.. Keluarga ini memang bahagia kerana mereka
mempunyai kekayaan jiwa. Jiwa yang kaya menjamin kebahagian hidup.




Dashboard Follow

Little Disclaimer;



I'm Nur Hafizah . Age seventeen. follow me and i will follow u back ?? okeyyy .
blockquote

Archieve;



Thank u;
Skin edit by Adsa Adam
Basecodes by Jaja
Others ; xx
skin edited by : ME