MY STORY LIFE
Home Me Linkies
Ibumu.. Ibumu... Ibumu...
Ibu tak payahlah datang ke sekolah. Saya tak nak kawan-kawan tengok ibu! Saya malu!" Si anak memberi amaran keras kepada ibunya. Bagi Faisal, itulah cara yang terbaik untuk mengelakkan dirinya daripada dimalukan oleh rakan-rakan terutamanya teman wanita barunya, Rohaya.

     Dia tidak sanggup membayangkan Keadaan ibunya yang buta sebelah mata, berbibir herot, jalan terincut-incut, bertongkat turun dari bas, dan datang ke dewan sekolah. Sedangkan kawan-kawan yang lain, datang bersama ibu bapa yang segak dan berkereta mewah.

    Kehidupan Faisal amat membahagiakan sehingga dia berjaya menjadi seorang pengurus syarikat yang terkemuka di ibu kota. Namun, dia masih lagi menyembunyikan kewujudan emaknya di mata masyarakat, apatah lagi dia menganggap ibunya akan mengaibkannya kelak.

    Kelibat ibunya juga menjadi penghalang untuk dirinya
memikat wanita-wanita kaya dan cantik, serta mematikan
langkahnya untuk memperisterikan anak hartawan.
Padanya, kehadiran ibu amat menyusahkan dirinya!

     Ibu yang dibenci itu akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir. Kematian ibunya itu melapangkan dada serta membahagiakan jiwa. Kini, ibu yang tidak disenagi itu tidak lagi membayangi hidupnya. Kehidupannya aka lebih bahagia tanpa gangguan daripada sesiapa pun. Makin mudah pula untuknya menutup sejarah hidup, apatah lagi dengan jawatan yang dipeganag sekarang membuatkan sesiapa sahaja menjadi segan padanya,

    Namun, takdir Ilahi telah mengatasi segalanya. Langit yang disangka cerah hingga ke petang, akhirnya hujan di tengah hari. Hidupnya menjadi tidak keruan, seakan ada beban berat yang menghempap diri. Suasana pula dirasakan gelap-gelita tiada cahaya. Dunia juga seakan sempit menghimpit dirinya. Dirinya kini lemas dalam lautan kekesalan.

    Surat ibu! Curahan tinta pada kertas putih itu telah menyingkap tabir rahsia hidupnya, juga rahsia si ibu dibaca dengan linangan air mata kekesalan. Apakah yang boleh dilakukan lagi? Ibu yang melahirkannya telah tiada lagi di dunia.


Anak ibu yang disayangi... Faisal...
      Sebelum ibu menulis lebih jauh lagi, ibu memohon maaf padamu sayang... maafkan ibu kerana telah menyusahkan hidupmu dan memalukanmu. Ibu tahu faisal malu dan muak dengan keadaan ibu yang serba kekurangan ini. Kalaulah ibu mampu melakonkan watak seorang yang sempurna, kaya-raya dan cerdik seperti Faisal mahukan... Pasti ibu cuba lakukannya.Tetapi, ternyata! Ibu tetap si tua yang buta, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

       Ibu juga sedar, ketuaan dan kejengkelan yang dialami ini telah menyusahkanmu, tetapi ibu cuba membahagiakanmu tanpa sebarang balasan bahkan ibu juga tidak mengharapkannya. Biarlah... asalkan dirimu bahagia dengan apa yang kaulakukan. Apa yang ibu tahu, ibu sentiasa menyayangimu.

      "Nasi Lemak!" "Nasi Lemak!" itulah yang selalu ibu laungkan bagi meraih setiap sen untuk membesarkanmu. Kerja apa lagi yang boleh ibu lakukan selain berniaga kecik-kecilan sahaja? Jika kau menginginkan ibu bekerja labih bagus, memang mustahil kerana ibu tidak bersekolah tinggi. Tapi tak apalah, kehidupan sekarang pun sudah memadai bagi kita, bukan? Ibu tidak pasti sampai bilakah ibu akan terus begini...

      Ibu masih ingat lagi ketika dirimu berumur enam tahun, kau bertanyakan tentang mata kiri ibu. Namun, ibu hanya mampu tersenyum tanpa jawapan yang pasti untukmu. Hari ibi, biarlah ibu ceritakan segalanya agar kau lebih mengerti.

     Pada 26 tahun dahulu, kita sekeluarga telah megalami kemalangan yang telah meragut nyawa ayahmu. Ibu juga telah mengalami kecederaan termasuklah dirimu. Kecederaan yang kaualami itu telah merosakkan sebelah matamu sehingga tidak mampu berfungsi lagi. Ibu mana yang sanggup melihat anaknya menderita sepanjang hayat, sedangkan perjalanan hidupnya masih lagi jauh. Banyak liku-liku yang terpaksa kau redhai dan bintang-bintang yang perlu kaugapai. Ibu juga yakin. apabila kau berjaya kelak, kau pasti akan menjaga ibu. Bukankah itu juga yang kaujanjikan?

      Lalu, ibu relakan mata ibu dipindahkan kepadamu, Bukan untuk menuntut janji, bahkan untuk membahagiakanmu. Jadi, itulah jalan yang pasti! Ibu juga tidak kisah kalau ibu hanya mampu melihat sebelah mata, asal kau mampu melihat dunia tanpa apa-apa halangan. Tak perli dirisaukan tentang si tua ibi, keranan kaulah cahaya mata dan mata hatiku sejak kelahiranmu dulu hingga kini. Berbahagialah sayang, kerana selepas ini, si tua ini tidak akan menyusahkanmu lagi!"

        Jangan menangis anakkku... Kerana ibu tua ini telah ampuni segala salah silapmu semenjak hari engkau dilahirkan. 

                      Maafkan Faisal, mak ! Hanya itu yang mampu diluahkan oleh Faisal .

 
  

Dashboard Follow

Little Disclaimer;



I'm Nur Hafizah . Age seventeen. follow me and i will follow u back ?? okeyyy .
blockquote

Archieve;



Thank u;
Skin edit by Adsa Adam
Basecodes by Jaja
Others ; xx
skin edited by : ME