Selamat Tinggal Sayang
Saturday 7 December 2013 ✿ 20:20 ✿ 0 Royal Person (s)
Allah menyebut di dalam surah Ali Imran (3) Ayat 185 yang bermaksud :✉ Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. Tiadalah kehidupan didunia ini (meliputi segala kemewahan dan pengkat kebesarannya) melaikan nikmat yang memperdaya.
Setiap kali melintasi kawasan perkuburan, pasti
hati ibu berkata: " Di sanalah nanti aku akan pergi.
Mendiami rumah baru yang berlantaikan tanah,
berbumbungkan tanah, dan berdindingkan tanah.
Apakah alam barzakhku kelak disinari cahaya anak-
anak soleh atau sebaliknya?
Siapa pula yang akan menemaniku nanti? Kalau dulu aku telah menunaikan tanggungjawab menemani mereka dengan penuh kasih sayang dan perhatian tatkala mereka berada dalam kegelapan perut ini. Aku di sisi mereka, ketawa dan berduka,,, di samping mereka tanpa jemu memuji dan mendengar. Tapi, apakah nanti mereka juga sudi menemaniku dalam kegelapan kubur dengan doa, bacaan al-Quran, atau sedekah mereka di dunia?
Pastinya, ibu tiada jawapan untuk pertanyaan itu sayang. Hanya dirimu yang mampu menentukan. Ibu juga telah berusaha untuk memiliki zuriat yang soleh dan solehah, dan akhirnya rohmu ditiup ke perut ibu. Lalu, jasadmu kini menjadi permata yang amat dicintai.
Jika selami ini ibu dan ayah mempunyai impian untuk membentukmu dalam pelbagai acuan, kini apakah pula impianmu terhadap kami? Apakah pula hasratmu untuk kebahagian kami di dunia dan di akhirat kelak? Kami cuba memberi teladan yang baik dengan menghormati datuk dan nenekmu, tapi apakah engkau mampu menjadi lebih baik daripada kami?
Sayang,
Rasanya sudah terlalu banyak mutiara ibu lukiskan di kanvas ini. Andai dapat di realisasikan dalam kehidupan, maka amalanmu itu menjadi hadiah yang sangat bernnilai buat kami di alam berzakh kelak. Tanggungjawab membesar,memelihara dan mendidik bukan calang-calang tugas kerana ia memerah segala masa, keringat, tenaga, dan wang.
Sayang,
Rasanya sudah terlalu banyak mutiara ibu lukiskan di kanvas ini. Andai dapat di realisasikan dalam kehidupan, maka amalanmu itu menjadi hadiah yang sangat bernnilai buat kami di alam berzakh kelak. Tanggungjawab membesar,memelihara dan mendidik bukan calang-calang tugas kerana ia memerah segala masa, keringat, tenaga, dan wang.
Apa yang kami lakukan semua itu, adalah semata-mata kerana menunaikan hak-hakmu yang telah diperuntukkan oleh Allah. Tidak sekali-kali kami mengharapkan sebarang balasan daripadamu, dan cukuplah jika engkau berusaha menjadikan dirimu dalam kalangan mukhlisin - Hamba-hamba yang ikhlas kepada Allah semata-mata