MY STORY LIFE
Home Me Linkies
Ibumu.. Ibumu... Ibumu...
Ibu tak payahlah datang ke sekolah. Saya tak nak kawan-kawan tengok ibu! Saya malu!" Si anak memberi amaran keras kepada ibunya. Bagi Faisal, itulah cara yang terbaik untuk mengelakkan dirinya daripada dimalukan oleh rakan-rakan terutamanya teman wanita barunya, Rohaya.

     Dia tidak sanggup membayangkan Keadaan ibunya yang buta sebelah mata, berbibir herot, jalan terincut-incut, bertongkat turun dari bas, dan datang ke dewan sekolah. Sedangkan kawan-kawan yang lain, datang bersama ibu bapa yang segak dan berkereta mewah.

    Kehidupan Faisal amat membahagiakan sehingga dia berjaya menjadi seorang pengurus syarikat yang terkemuka di ibu kota. Namun, dia masih lagi menyembunyikan kewujudan emaknya di mata masyarakat, apatah lagi dia menganggap ibunya akan mengaibkannya kelak.

    Kelibat ibunya juga menjadi penghalang untuk dirinya
memikat wanita-wanita kaya dan cantik, serta mematikan
langkahnya untuk memperisterikan anak hartawan.
Padanya, kehadiran ibu amat menyusahkan dirinya!

     Ibu yang dibenci itu akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir. Kematian ibunya itu melapangkan dada serta membahagiakan jiwa. Kini, ibu yang tidak disenagi itu tidak lagi membayangi hidupnya. Kehidupannya aka lebih bahagia tanpa gangguan daripada sesiapa pun. Makin mudah pula untuknya menutup sejarah hidup, apatah lagi dengan jawatan yang dipeganag sekarang membuatkan sesiapa sahaja menjadi segan padanya,

    Namun, takdir Ilahi telah mengatasi segalanya. Langit yang disangka cerah hingga ke petang, akhirnya hujan di tengah hari. Hidupnya menjadi tidak keruan, seakan ada beban berat yang menghempap diri. Suasana pula dirasakan gelap-gelita tiada cahaya. Dunia juga seakan sempit menghimpit dirinya. Dirinya kini lemas dalam lautan kekesalan.

    Surat ibu! Curahan tinta pada kertas putih itu telah menyingkap tabir rahsia hidupnya, juga rahsia si ibu dibaca dengan linangan air mata kekesalan. Apakah yang boleh dilakukan lagi? Ibu yang melahirkannya telah tiada lagi di dunia.


Anak ibu yang disayangi... Faisal...
      Sebelum ibu menulis lebih jauh lagi, ibu memohon maaf padamu sayang... maafkan ibu kerana telah menyusahkan hidupmu dan memalukanmu. Ibu tahu faisal malu dan muak dengan keadaan ibu yang serba kekurangan ini. Kalaulah ibu mampu melakonkan watak seorang yang sempurna, kaya-raya dan cerdik seperti Faisal mahukan... Pasti ibu cuba lakukannya.Tetapi, ternyata! Ibu tetap si tua yang buta, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

       Ibu juga sedar, ketuaan dan kejengkelan yang dialami ini telah menyusahkanmu, tetapi ibu cuba membahagiakanmu tanpa sebarang balasan bahkan ibu juga tidak mengharapkannya. Biarlah... asalkan dirimu bahagia dengan apa yang kaulakukan. Apa yang ibu tahu, ibu sentiasa menyayangimu.

      "Nasi Lemak!" "Nasi Lemak!" itulah yang selalu ibu laungkan bagi meraih setiap sen untuk membesarkanmu. Kerja apa lagi yang boleh ibu lakukan selain berniaga kecik-kecilan sahaja? Jika kau menginginkan ibu bekerja labih bagus, memang mustahil kerana ibu tidak bersekolah tinggi. Tapi tak apalah, kehidupan sekarang pun sudah memadai bagi kita, bukan? Ibu tidak pasti sampai bilakah ibu akan terus begini...

      Ibu masih ingat lagi ketika dirimu berumur enam tahun, kau bertanyakan tentang mata kiri ibu. Namun, ibu hanya mampu tersenyum tanpa jawapan yang pasti untukmu. Hari ibi, biarlah ibu ceritakan segalanya agar kau lebih mengerti.

     Pada 26 tahun dahulu, kita sekeluarga telah megalami kemalangan yang telah meragut nyawa ayahmu. Ibu juga telah mengalami kecederaan termasuklah dirimu. Kecederaan yang kaualami itu telah merosakkan sebelah matamu sehingga tidak mampu berfungsi lagi. Ibu mana yang sanggup melihat anaknya menderita sepanjang hayat, sedangkan perjalanan hidupnya masih lagi jauh. Banyak liku-liku yang terpaksa kau redhai dan bintang-bintang yang perlu kaugapai. Ibu juga yakin. apabila kau berjaya kelak, kau pasti akan menjaga ibu. Bukankah itu juga yang kaujanjikan?

      Lalu, ibu relakan mata ibu dipindahkan kepadamu, Bukan untuk menuntut janji, bahkan untuk membahagiakanmu. Jadi, itulah jalan yang pasti! Ibu juga tidak kisah kalau ibu hanya mampu melihat sebelah mata, asal kau mampu melihat dunia tanpa apa-apa halangan. Tak perli dirisaukan tentang si tua ibi, keranan kaulah cahaya mata dan mata hatiku sejak kelahiranmu dulu hingga kini. Berbahagialah sayang, kerana selepas ini, si tua ini tidak akan menyusahkanmu lagi!"

        Jangan menangis anakkku... Kerana ibu tua ini telah ampuni segala salah silapmu semenjak hari engkau dilahirkan. 

                      Maafkan Faisal, mak ! Hanya itu yang mampu diluahkan oleh Faisal .

 
  
Sahabat yang baik
Sunday 8 December 2013 ✿ 22:55 ✿ 0 Royal Person (s)
'Alqamaah pernah berpesan kepada anaknya dalam membina persahabatan. Katanya: "Wahai, anakku! Sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

ツ Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya.
ツ Dia ialah hiasan diri kita 
ツ Jika kita dalam kekurangan perbelanjaan, dia suka mencukupkan keperluan.
ツ Sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu.
ツJika dia melihat akan kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hintungkan (menyebutnya) dan jika dia mengetahui keburukan dirimu, dia akan menutupinya.
ツ Jika engkau diam, dia mula menyapu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringakan serta menghiburkan mu.
ツ Sahabat yang jika engkau berkata, dia suka membenarkan engkau dan jika engkau mencuba sesuatu pekerjaan, dia suka mengusahakannya.
ツ Jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu."

     Islam amat menitikberatkan faktor memilih sahabat kerana mereka berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ini bererti, mereka juga mampu membentuk peribadimu. Berhati-hatilah agar sahabatmu nanti mampu membahagiakanmu dan bukan menjahanamkan kelak!

Seperti maksud hadis sebelum ini:

"Bersahabt dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya. Manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan membakar baju kita"

 
Sahabat yang perlu dijauhi

☺Tamak: Sedikit memberi dan banyak meminta, dan mementingkan diri sendiri.
☺ Hipokrit : Bersahabat kerana hal-hal lampau atau mendatang, juga berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong dan tidak membantu walaupun mempunyai kesempatan.
☺Pengampu :Dia setuju dengan semua yang kami lakukan tidak kira betul atau salah. Lagi teruk apabila dia bersetuju dengan hal yang tidak berani untuknya menjelaskan kebenaran. Di hadapanmu, dia memuji dirimu dan di belakangmu, dia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Apabila dipercayai, dia menghkhianati, apabila dicintai dia mendustakan.
☺Pemboros dan suka berhibur: Dia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran, dan melepak pada waktu yang tidak sepatutnya. Suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.

sahabat yang membawamu semakin jauh daripada Allah iaitu
mereka yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih-
lebih lagi di akhirat. Malah, mereka tidak menambah manfaat
kehidupan di akhirat, bukan temanmu yang sebenar.

Persahabtan ikatan mulia
Disulami dengan kemanisan iman
Berlandaskan sunnah Rasul yang mulia

Duhai teman jagalah hatinya
Usahkau lukakan jiwa nuraninya
Semoga ikatan kekal selamanya

Tika kau duka dia tetap di sisimu
Tika kau gembira dia tetap bersamamu
Indahnya hidup bersama teman sejati
Semoga bahagia dunia akhirat
Teman sejati pasti sukar dicari
Teman ketawa sering bersua
Teman sejati sering bersama
Teman setia tetap menanti

Munsyid : Al Faradis
Lagu: Teman sejati 

Selamat Tinggal Sayang
Saturday 7 December 2013 ✿ 20:20 ✿ 0 Royal Person (s)
Allah menyebut di dalam surah Ali Imran (3) Ayat 185 yang bermaksud :

✉ Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. Tiadalah kehidupan didunia ini (meliputi segala kemewahan dan pengkat kebesarannya) melaikan nikmat yang memperdaya.

Setiap kali melintasi kawasan perkuburan, pasti
hati ibu berkata: " Di sanalah nanti aku akan pergi.
Mendiami rumah baru yang berlantaikan tanah,
berbumbungkan tanah, dan berdindingkan tanah.
Apakah alam barzakhku kelak disinari cahaya anak-
anak soleh atau sebaliknya?

       Siapa pula yang akan menemaniku nanti? Kalau dulu aku telah menunaikan tanggungjawab menemani mereka dengan penuh kasih sayang dan perhatian tatkala mereka berada dalam kegelapan perut ini. Aku di sisi mereka, ketawa dan berduka,,, di samping mereka tanpa jemu memuji dan mendengar. Tapi, apakah nanti mereka juga sudi menemaniku dalam kegelapan kubur dengan doa, bacaan al-Quran, atau sedekah mereka di dunia?

      Pastinya, ibu tiada jawapan untuk pertanyaan itu sayang. Hanya dirimu yang mampu menentukan. Ibu juga telah berusaha untuk memiliki zuriat yang soleh dan solehah, dan akhirnya rohmu ditiup ke perut ibu. Lalu, jasadmu kini menjadi permata yang amat dicintai.
 
      Jika selami ini ibu dan ayah mempunyai impian untuk membentukmu dalam pelbagai acuan, kini apakah pula impianmu terhadap kami? Apakah pula hasratmu untuk kebahagian kami di dunia dan di akhirat kelak? Kami cuba memberi teladan yang baik dengan menghormati datuk dan nenekmu, tapi apakah engkau mampu menjadi lebih baik daripada kami?

Sayang,

      Rasanya sudah terlalu banyak mutiara ibu lukiskan di kanvas ini. Andai dapat di realisasikan dalam kehidupan, maka amalanmu itu menjadi hadiah yang sangat bernnilai buat kami di alam berzakh kelak. Tanggungjawab membesar,memelihara dan mendidik bukan calang-calang tugas kerana ia memerah segala masa, keringat, tenaga, dan wang.
 
      Apa yang kami lakukan semua itu, adalah semata-mata kerana menunaikan hak-hakmu yang telah diperuntukkan oleh Allah. Tidak sekali-kali kami mengharapkan sebarang balasan daripadamu, dan cukuplah jika engkau berusaha menjadikan dirimu dalam kalangan mukhlisin - Hamba-hamba yang ikhlas kepada Allah semata-mata

Ibu Juga Manusia Biasa
✿ 06:00 ✿ 0 Royal Person (s)
Ibu mana yang tidak pernah menagis ? Ibu mana yang tidak pernah memikirkan kebaikan untuk anak-anak? Ibu juga kerap menagis tapi yang pasti, tangisan ibu hanya di hati. Tidak sekali-kali mahu dirimu melihat air mata ibu tumah. Biarlah hanya ibu yang menanggung apa-apa yang dirasa kerana ia adalah amanah !

Menagis bukan erti kata kewujudan dirimu menyusahkan ibu,
bahkan ibu benar-benar bersyukur dengan kehadiranmu
di dunia ini. Ibu cuma berasa takut jika tidak mampu memikul 
tanggungjawab untuk mendidikmu menjadi insan yang mulia, soleh dan soleheh.

        Pastinya dirimu menyedari gelagat ibu yang kadangkala memarahimu, tidak sabar, dan berleter, ibu lakukan semua itu supaya dirimu menyedari bahawa hidup ini wujud pelbagai rintangan pada masa hadapan kelak. anya dengan cara itu ibu mampu meulahkan apa-apa yang terbuku.

       Bukan tidak sayang, bukan tidak cinta, tetapi disebabkan semua itu ibu lakukan itu padamu. Percayalah, setaip ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anaknya dan bertambah bahagia apabila melihat anaknya membesar sebagai hamba yang soleh.

      Ibu masih ingat apabila seorang artis yang mengaku tentang masa silamnya yang tidak prihatin terhadap perintah dan larangan Allah. Setelah di anugerahi seorang anak perempuan, dia telah mebghantar anaknya ke sekolah agama dan menceritakan bahawa anak itu di latih oleh guru-gurunya supaya menutup aurat.

     Anak ini pula sentiasa menanyakannya, "Bila ibu nak pakai tudung?" Katanya, "Setiap kali saya berjanji dengan anak ini untuk memakai tudung, saya pasti akan menagis kerana saya perlu benar-benar bertanggungjawab dengan janji saya. Anak perempuan saya ini amat menyejukkan hati, dan ketika saya merasakan Allah memurkai saya kerana dosa-dosa yang dilakukan, timbul harapan di dalam hati, bahawa saya mungkin boleh menumpang doa anak yang baik ini."

     Lihat... Betapa besarnya harapan seorang ibu untuk memiliki anak yang soleh. Perbaikilah diri, binalah personaliti rabbani yang takutkan Allah, tingkatkanlah ilmu pengetahuan, kemahiran diri,profesionalisme diri dan sebagainya agar ankanda beroleh kesejahteraan dan kecemerlangan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat..

    Maaf sayang...

    Kadangkala dalam meluahkan perasaan ini, kelihatannya seperti bersyrah pula. Tapi ketahulah, ibu tidak menulis curahan hati dengan tinta bahkan dengan air mata. Berkali-kali ibu terpaksa berhenti sejenak untuk menyapu air jernih yang mengalir.

Sungguh! Terlalu banyak yang ibu ingin sampaikan
kepadamu agar dirimu tidak kecundang dengan hijau 
dan ranumnya dunia, tetapi racun disebaliknya .

    Jika mukmin yang hidup bersama Rasulullah juga berjaya diperdaya oleh dunia, apatah lagi kita sebagai umat akhir zaman Nabi Muhammad SAW.


 


Asas kebahagian anak Adam
✿ 05:11 ✿ 0 Royal Person (s)
Pagi itu terasa amat nyaman sekali. sesekali puputan bayu menampar lembut pipi ibu. Alhamdulillah.. ibu masih lagi dapat merasai nikmat Allah yang tidak terhingga ini. Ibu kuakkkan sedikit jendela rumah supaya puputan pawana itu masuk, biar ia mampu mendamaikan seisi rumah kita.

       Hari ini merupakan hari yang amat menggenbirakan hati ibu dan ayahmu. Kami menanti kepulangan seperti yang telah kaujanjikan kepada kami berdua. Ibu sediakan lauk kegemaran untuk santapan kita tengah hari nanti. Gulai tempoyak patin, asam pedas, sepat pekasan dan ulam petai. Semua kesukaanmu itu ada ibu sediakan. Maklumlah, anak-anak ibu lama berada di negara orang. Entahkan jumpa, entahkan tidak masakan seperti itu.

      Bilikmu pula, ibu telah siapkan awal-awal lagi. Segalanya kemas dan teratur. Ibu mahukan yang terbaik buatmu kerana ibu amat menyayangi kalian. Ayahmu pula, biasa-biasa sahaja walaupun ibu tahu betapa dia amat merinduimu. Cuma, jarang-jarang dia bertanyakan kepada ibu tentang persiapan menyambut kepulanganmu. Biasalah, sifat seseorang ayah, jrang-jarang menunjukkan rahsia hatinya yang sebenar.
     Ahh... terasa cepat benar anak-anak ibu membesar. Terasa baru semalam ibu mendukungmu, mengulas lembut rambutmu. Terasa baru tadi ibu menyuapimu. Namun, semua itu telah berlalu. Sekarang, anak-anak ibu telah dewasa. Manis-manis semuanya. Engkaulah kurnia termahal yang direzekikan Ilahi buat kami berdua. Alhamdulillah.

Sebelum dirimu ada, ibu sentiasa berdoa kepada Ilahi
agar kebahagian ibu dan ayahmu sentiasa diredhai
dan agar zuriat yang diperoleh nanti, soleh dan solehah 
semuanya. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan
telah mendengar setiap permintaan yang ibu pohonkan.

Ibu teringat firman-Nya yang bermaksud :
 Dan juga meraka(yang diredhai Allah itu ialah orang) yang berkata: ''Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami isteri-isteri dan zuriat keturunan kami yang menyukakan hati melihatnya, jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang(mahu) bertakwa!'' (Surah al-Furqan 25 : 74)

Pelbagai nikmat yang indah wujud di dunia ini: 
badan yang sihat; rumah yang mewah; kenderan yang 
selesa; harta yang banyak; kedudukan yang tinggi; sijil 
bergulung-gulung,isteri dan anak-anak

     Antara banyak nikmat itu. Allah telah menyebut sifat insan yang diredhai-Nya, iaitu mereka yang melafazkan doa (seperti di atas) supaya diberikan nikmat iaitu dikurniakan isteri dan anak-anak sebagai penyejuk mata dan pendamai jiwa. Juga memohon agar dijadikan uswah bagi orang yang mahu beriman dan bertakwa. Doa itu sering ibu dan ayahmu ungkapkan setiap kali selepas solat. Anakku, mengapakah kami bersungguh-sungguh mengamalkan doa itu?

     Mari kita renungi kisah di bawah untuk memastikan kebenaran doa yang dianjurkan oleh firman-Nya itu.

Kisah 1: Bahagiakah dengan harta ? 
 
Keluarga Dato; Hasan mendiami istana indah di pinggir kota. Halaman rumah dihiasi dengan taman menghijau, kolam ikan, kolam renang, dan juga sedikit pohon buah-buahan. Dato' Hasan sering pulang lewat malam atas alasan mencari rezeki. Datin Hasnah pula sibuk ke butik dan acara-acara tertentu.

      Sebagai akibatnya, kepulangan ato' Hasan ke rumah sering disambut oleh dengkuran si isteri. Anak-anak pula tidak kelihatan kelibatnya. Kadamg-kadang dengkuran bertukar leteran  atau soalan-soalan cepusmas, "kenapa abang selalu balik lewat?" atau "Abang keluar dengan betina mana?"

     Sering kali juga, jika Dato' Hasan balik awal, keindahan taman dan kehebatan istananya diselimuti pemandangan yang merimaskan dek wajah isteri yang asyik mencuka. Rambutnya yang serabai dan baju kelwarnya itu menambah keruh pemandangan yang ada.

    Anak-anak tetap sepi daripada menunjukkan wajah. Entah kemana mereka menghilang. Di dalam bilikkah atau sedang bersosial di luar bersama rakan-rakan? Jika sekali-sekala terserempak dengan anak-anak, si dara berbaju ketat dengan seluar ketat. Si teruna yang berambut panjang itu pula asyik melalak sepanjang hari... kononnya mahu menggantikan Amy Search yang sudah bertaubat!

     Perkara yang sering terpancul dari mulut anak-anak apabila mahu berbual dengan si bapa ialah; "Daddy, kad kredit Emilia bulan ini RM1500. Nanti Daddy tambah RM1500 lagi dalam akaun Emilia ya... "

     "Daddy, gitar Danial sudah rosak . Nanti belikan yang baru ya... "

     "Daddy, Adi tidak mahu belajar lagi sebab sudah dapat tawaran berlakon filem pengarah terkenal."


Apakah pendapat anakku terhadap keluarga ini?
adakah kehidupan mereka bahagia semata-mata
kerana kelilingi kemewahan hidup sedangkan ahli
keluarganya memiliki akhlak yang rendah?

Kisah 2 : keluarga yang Qanaah
 
 Mari kita susuli pula sebuah rumah yang dihuni keluarga petani, Pak cik Ahmad namanya,. Pak cik Ahmad tekun keluar bekerja dan pulang membwa rezeki untuk seisi keluarga. Anak-anaknya seramai lima orang itu sampai disuapo sekadarnya sahaja. Namun, Pak cik Ahmad tidak pernah mengeluh di hadapan anak isteri mengenai rezekinya yang tidak seberapa.

     Si isteri, Aminah pula bertungkus-lumus menguruskan rumah tangga serta sabar mendidik anak-anaknya. Hampir-hampir saat suaminua pulang bekerja, sudah dihidangkan makanan dan minuman. Aminah berhias sekadarnya sesuai dengan apa-apa yang ada. Rambut disisir rapi dan pakainya bersih yang usang itu menyambut suaminya dengan senyuman.

     Anak-anak dinasihatkan agar tidak menganggu bapa yang kepenatan. Ank-anak akur akan pesanan ibu dan menunggu si bapa selesai makan dan berehat. Selepas itu, barulah mereka mendekati pengalaman seharian mereka pada hari itu.

     Waktu maghrib ialah waktu yang ditunggu-tunggu seisi keluarga. Tanpa disuruh dan tanpa perlu meninggikan suara, anak-anak segera ke bilik air untuk membersihkan badan dan berwuduk. Sebaik azan berkumandang, isteri dan anak-anak bagaikan tentera berbaris rapi di atas sejadah. Pak cik Ahmad dengan rasa penuh tanggungjawab menjadi imam kepada ahli keluargannya. selesai solat, isteri dan nak-anak saling menyalami dan mencium tangan

    Kemudian acara keluarga bersambung lagi. riuh-rendah suara anak0anak belajar mengaji al-Quran. Pak cik Ahmad dan isteri menjadi guru kepada anak-anak sendiri.


Bapa yang penyabar, isteri yang qanaah, dan anak-anak yang bijak serta berakhlak itu bagaikan cahaya di dalam rumah yang lusuh. Bagaimanakah mereka?
Ya.. Keluarga ini memang bahagia kerana mereka
mempunyai kekayaan jiwa. Jiwa yang kaya menjamin kebahagian hidup.



Semuanya kerana ibu
Friday 6 December 2013 ✿ 00:50 ✿ 0 Royal Person (s)
Aku lahir dati perut ibu..
(Bukan kata orang.. tapi memang benar!)

Apabila dahaga, yang susukan aku... ibu
Apabila lapar, yang menyuapi aku... ibu
Apabila sendirian, yang selalu di sampingku... ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut... ibu
Apabila bangun tidur, aku cari... ibu
Apabila nangis, orang pertama yang datang... ibu
Apabila ingin bermanja, aku dekati... ibu
Apabila ingin bersandar, aku duduk sebelah... ibu
Apabila sedih, yang dapat menghiburkan hanya... ibu
Apabila nakal, yang memarahi aku... ibu
Apabila merajuk, yang membujukku cuma... ibu
Apabila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah... ibu
Apabila takut, yang menenangkan aku... ibu
Apabila ingin peluk, yang aku suka peluk... ibu

Aku selalu teringatkan... ibu
Apabila sedih, aku mesti telefon... ibu
Apabila senang, orang pertama aku ingin beritahu... ibu
Apabila marah aku suka meluahkannya pada... ibu
Apabila takut, aku selalu panggil... "Ibuuuuu!''
Apabila sakit, orang paling risau adalah... ibu

Apabila aku ingin berpegian, orang paling sibuk juga... ibu
Apabila buat masalah, yang lebih dulu memarahi aku... ibu
Apabila aku ada masalah, yang paling risau... ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni... ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku... ibu
Kalau pulang ke kampung, yang selalu memberi bekal... ibu
Yang selalu menyimpan dan menguruskan barang-barang aku... ibu
Yang selalu berkirim surat dengan aku... ibu
Yang selalu memuji aku... ibu
Yang selalu menasihati aku... ibu
Apabila ingin menikah... orang pertama aku datangi dan minta persetujuan... ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri...
Apabila senang, aku cari... pasanganku
Apabila sedih, aku cari... ibu
Apabila mendapat keberhasilan, aku ceritakan pada... pasanganku
Apabila gagal, aku ceritakan pada... ibu
Apabila bahagia, aku peluk erat... pasanganku
Apabila berduka, aku peluk erat.. ibuku
Apabila ingin berlibur, aku bawa... pasanganku
Apabila sibuk, aku hantar anak ke rumah... ibu
Apabila sambut Hari Lahir...  Aku beri hadiah pada pasanganku
Apabila sambut Hari Ibu... aku cuma dapat ucapkan "selamat Hari ibu"
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... ibu ingat aku
Setiap saat... aku akan telefon pasanganku
Entah bila... aku ingin telefon ibu
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku ingin belikan hadiah untuk ibu

                   Renung-renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja...
        Masih ingatkah kau pada ibu lagi?
           Tidak banyak yang ibu inginkan...

Hanya dengan menyapa ibu pun cukuplah"

Berderai air mata jika kita mendengarnya...
Tapi kalau ibu sudah tiada...
IBUUU... RINDU IBU... RINDU SEKALI...
Berapa banyak yang sanggup menyuapi ibunya...
Berapa banyak yang sanggup mencuci muntah ibunya...
Berapa banyak yang sanggup menggantikan alas tidur ibunya...
Berapa banyak yang sanggup membersihkan najis ibunya...
Berapa banyak yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ... ibunya.
Dan akhir sekali berapa banyak yang mendoakan ibunya...

Hargailah ibu anda :')

Aku gadis biasa
Tuesday 20 August 2013 ✿ 07:48 ✿ 0 Royal Person (s)
Aku gadis biasa,
Aku bukan gadis cantik,
Aku tidak sesolehah yang lain,
Aku akui aku tidak sempurna
dan seringakali lalai dalam agama.

Dalam tangisanku,
Hati kuat berkata :
''Hidup bukan untuk membuat orang suka,
Kerana redha Allah bukan milik manusia."

Aku mengesat perlahan air mata di pipi,
Bangkit melangkah laju.
"Aku hanya gadis biasa, tidak mungkin akan sempurna
Tapi aku mahu menjadi hebat di mata sang pencipta :') "





Dashboard Follow

Little Disclaimer;



I'm Nur Hafizah . Age seventeen. follow me and i will follow u back ?? okeyyy .
blockquote

Archieve;



Thank u;
Skin edit by Adsa Adam
Basecodes by Jaja
Others ; xx
skin edited by : ME